Thursday, June 4, 2009

Balik Kampung..Jumpa Rakan-rakan

Jumaat 5 jun aku berasa gembira kerana dapat pulang ke kampung halaman tercinta iaitu Taiping..bukan saja kerana kemeriahan cuti sekolah terasa malah kepulangan aku kerana menghadiri jemputan kenduri kawin sahabat karibku di kampung..tidak ku sangka rakanku itu akan melangsungkan perkahwinan sedangkan baru sahaja menjalani kehidupan bujang bersamanya..hehe..mungkin cepat masa berlalu tanpa aku sedari meninggalkan bibit2 kenangan ketika zaman remaja atau lebih dikenali "budak baru nak naik".Kepada rakanku Bro Zamir Selamat Pengantin Baru..Semoga Berbahgia..ingat dunia perkahwinan tidak sama dengan zaman masa bujang...:)

Tuesday, May 12, 2009

PUISI UNTUK IBU...

Ibu..
Setiap kali aku ditegur,
Katanya untuk kebaikan,
Setiap kali aku dimarah,
Katanya untuk kebaikan,
Setiap kali aku tersalah,
Katanya untuk kebaikan,
Setiap kali aku disanggah,
Katanya itu hanya pengajaran..

Ibu,
Pernah aku kecewa,
Engkau menjadi penawar,
Pernah aku berduka,
Engkau menjadi penawar,
Pernah aku dilanda kekeliruan,
Engkau menjadi penawar,
Sesekali aku gembira,
Katanya bersyukurlah pada Tuhan…

Ibu,
Sebutir jasamu ku samakan dengan secebis dorongan,
Secebis dorongan ku saluti dengan sekeping harapan,
Sekeping harapan aku ulami dengan segenggam impian,
Segenggam impian aku sebati dengan sekalung ketabahan,
Sekalung ketabahan mu wahai ibu tersayang…

Terima Kasih dengan pemberianmu IBU…

HARI INI...

mengapa aku merasakan yang hari ini menjelma sesuatu yang akan berlaku tanpa aku sedari...argh..ini cuma ilusi yang bermain tatkala aku merasakan semakin hampir dengan apa yang aku hajati..mungkin hanya perasaanku saja kerana terlalu memikirkan banyak perkara mulai HARI INI...

13 MEI.......SATU IMPLIKASI 2009


hari ini genap 40 tahun peristiwa yang amat memilukan bagi sebuah negara yang merdeka seperti malaysia..perjuangan yang diagungkan hanya berlandaskan kepentingan tertentu yang dijana oleh idealisme yang berbeza..kuasa dan martabat hanya mainan yang diacu bersama mentaliti sempit oleh golongan tertentu..agama hanya sandaran yang didokong oleh sikap diskriminasi dan perjuangan yang tanpa kesudahan..sedarlah wahai bangsaku apa yang diperjuangkan di bumi bertuah ini sedangkan perjuangan yang dibawa tiada mempunyai pengertiannya..jangan sampai api yang membara dijadikan wardah untuk menghapuskan generasi sendiri sedangkan orang di luar sana hanya memerhati sambil ketawa sinis dek permainan bangsa yang tidak pernah bersyukur bertapak di bumi mereka...


sekadar coretan mengenang peristiwa yang berlalu....

Monday, March 23, 2009

Sebulan Berlalu....

Tanggal 24 March…Begitu cepat masa berlalu baru aku sedar aku terlalu merinduimu..engkau pergi tanpa meninggalkan sebarang perkabaran berita.Engkau hadir ketika aku berada dalam kemuncak penghidupan dan engkau pergi tatkala aku dilanda berbagai rencah metafora dunia..teralu banyak pengorbanan dan jasa yang telah engkau berikan kepada aku.. menadah aku seribu kesyukuran kerana kurniaan Tuhan..aku sedar pengabadian enkau bersama aku hanya sementara dengan mitos2 mitos yang mengatakan engkau ini senang pergi tak kembali.aku persetankan sahaja kata orang itu tapi kini baru aku sedar memiliku adalah satu sewaan yang hanya aku dapat walaupun tidak lama dalam dakapan. Terima kasih segala memori indah bersamamu…TERIMA KASIH WAHAI YAMAHA 135LC ku..

Tuesday, March 10, 2009

Ideologi dan Mentaliti..

Golongan bijak pandai terlalu memperjuangkan ideologi tersendiri sedangkan mereka tidak mempunyai mentaliti yang sebegitu rupa..oh..kenapa in terjadi??adakah ini satu provokasi yang dilaungkan agar sesuatu perkara itu dapat didengar dan diterjemahkan dalam satu alunan permikiran yang diagung-agungkan sedangkan tidak tahu arah hujung pangkalnya..mungkin ini satu sikap prejudis yang hanya tahu mengikut saja tanpa berfikir natijahnya..sedarlah..ideologi dan mentaliti adalah sesuatu benda yang sama tapi berbeza pengertiannya..
sekadar renungan..

Monday, March 9, 2009

Tunggu dan Menunggu..


Detik waktu sering berubah tapi aku terus tunggu dan menunggu sesuatu..aku lihat ramai orang tunggu bas, tunggu komuter, tunggu tiket, tunggu order, tunggu gaji dan berbagai lagi tunggu yang boleh diinterpretasi menjadi menunggu..sering kali dua perkataan ini begitu sinonim antara satu sama lain.cuma manusia yang dikurniakan tuhan akal dapat mengadaptasi "perbuatan: ini..